Nama Botani : Pothos
Nama Keluarga : Araceae
Nama Biasa : Pokok Duit-duit
Klasifikasi : pokok penutup bumi
Jangka Hayat : Tempoh jangka hayat sederhana.
Tempat Asal : Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea
Ciri-ciri :
· Pokok ini tumbuh sehingga 20 meter tinggi dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjang. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun.
Kegunaan Landskap: Pokok ini berfungsi sebagai pokok hiasan.
Lokasi: Dijadikan sebagai pokok hiasan di pusat membeli-belah, pejabat dan tempat awam.


